Skip to main content

Susulan peningkatan kes covid-19 yang dilaporkan pada 2 Oktober 2020 di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pihak SELCARE Clinic Sdn Bhd selaku anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor telah diarahkan untuk menjalankan ujian saringan bagi 1310 jemaah yang hadir solat fardhu jumaat di masjid tersebut.

Ujian saringan khas covid-19 ini telah dijalankan selama tiga (3) hari bermula 14 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Seramai 10 orang tugas kesihatan melalui pasukan SELCARE Clinic Sdn Bhd berganding bahu dalam memastikan kesemua jemaah yang terlibat hadir melakukan saringan.

Sehubungan dengan itu, saringan ini dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 di Negeri Selangor.

Leave a Reply