Yayasan SELGATE (diwakili oleh Puan Aliah Binti Amidon, Pengurus) menyerahkan sumbangan sebanyak 2,800 set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) semasa Majlis Pelancaran SUKA 2021 Peringkat Negeri Selangor hari ini yang bertempat di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Y.B. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (ADUN Taman Templer), Y.B. Dr. Siti Mariah binti Mahmud (Exco Kesihatan Awam Negeri Selangor) serta Y.A.M. Tengku Shariffuddin Shah (Pertubuhan Gagasan Shariffuddin).
Penubuhan SUKA adalah bertujuan menzahirkan komitmen yang lebih padu dan inklusif bagi membantu pasukan perubatan negeri dengan menggerakkan program-program kesedaran dan pencegahan wabak Covid-19.
Yayasan SELGATE adalah sebuah organisasi saluran bantuan yang komited dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat khususnya memfokus kepada program-program berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan sasar seperti individu, keluarga serta warga emas dari B40 dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Leave a Reply