SelVAX MELEBARKAN SAYAP KE SELURUH NEGARA
Untuk Meningkatkan Kadar Vaksinasi Populasi
SHAH ALAM, 20 Ogos 2021: Program Vaksinasi SelVAX telah bermula semenjak 26 Jun 2021, kini akan beralih kepada fasa seterusnya setelah berjaya mencapai sasaran vaksinasi melebihi 100 peratus di kalangan penduduk dewasa di Selangor dan Lembah Kelang.
Selaras dengan hasrat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai imuniti kelompok, Program SelVAX akan meluaskan liputan program vaksinasi swasta ini ke negeri-negeri di luar Lembah Kelang yang mempunyai kadar vaksinasi yang masih rendah.
Walau bagaimanapun, Program SelVAX masih beroperasi seperti biasa kepada mereka yang masih mempunyai temujanji pemberian vaksin melalui rangkaian klinik panel Selcare dan di tapak. Pada masa sama, program outreach SelVAX Komuniti akan dilaksanakan menerusi bas bergerak bagi memudahkan proses vaksinasi bagi kumpulan tercicir serta penduduk luar bandar.
Fokus Program SelVAX di fasa seterusnya adalah seperti berikut :
- Meneruskan program vaksinasi swasta SelVAX menerusi rangkaian klinik panel Selcare
- Penjualan dan pengedaran bekalan stok vaksin kepada klinik, hospital dan farmasi swasta (email ke vax@selcare.com ataupun telefon kami di 1800-22-6600 untuk sebarang pertanyaan)
- Memulakan program outreach SelVAX Komuniti bagi kumpulan tercicir dan luar bandar