Skip to main content

BANGI, 13 MAC 2023 – Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) dan Selcare Nursing, anak syarikat kepada SELGATE Healthcare Sdn Bhd, telah bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 10 Mac 2023 bersempena dengan perasmian Kempen Dr Mama @ Zahran. Majlis yang bertempat di Ibu pejabat Kumpulan Megaklinik Zahran di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dihadiri oleh Dato’ Mohd Nafidz Bin Haji Abdul Razak, Ahli Lembaga Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahran, YBrs. Dr Nurul Mu’az Bin Omar, Ahli Lembaga Selcare Nursing, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Selgate Healthcare, dan turut serta pihak pengurusan dan wakil-wakil syarikat rakan kolaborasi yang lain seperti Aqiqah Centre, Sonobee Ultrasound Sdn Bhd, Joie Malaysia, Beaumama dan Butik Tateh yang akan bersama-sama di dalam Kempen Dr Mama @ Zahran.

            Majlis MoU ini menjadi titik kolaborasi yang pertama antara KMZ & Selcare Nursing.   Kolaborasi yang pertama ini menjadi advokasi perkhidmatan berpantang dengan pemantauan doktor kepada semua ibu dan anak di Malaysia. Antaranya adalah pakej postnatal bersama dengan doktor yang berpengalaman untuk memantau para ibu yang berpantang sama ada di rumah, atau pakej postnatal premium di Hotel Westin, Kuala Lumpur. Para ibu berpantang bukan sahaja akan dijaga secara tradisional, malah akan dilihat dan dirapi dari segi perubatan moden dan juga alternatif. Kolaborasi antara KMZ dan Selcare Nursing ini bakal memberi manfaat kepada 160,000 pasangan mengandung di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Melalui Kempen Dr Mama @ Zahran, pusat rujukan “One Stop Center” ini disasarkan kepada pasangan ibu dan anak, di mana pasangan mampu mendapatkan khidmat nasihat daripada perancangan kehamilan, pemeriksaan semasa hamil, penjagaan selepas bersalin, khatan bayi lelaki dan perempuan, vaksinasi anak dan pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi. Pelbagai pakej menarik ditawarkan daripada KMZ dan juga rakan-rakan kolaborasi akan bersama memberi penyelesaian lengkap yang diperlukan para ibu dan anak.      

Sejak ditubuhkan pada 2021, SELCARE Nursing komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kejururawatan dan kesihatan yang selamat, komprehensif dalam profesional dalam memenuhi keperluan para pelanggan. Perkhidmatan Selcare Nursing termasuk penjagaan kejururawatan di rumah, perbidanan, fisioterapi, penjagaan am dan disiplin lain untuk pesakit dari semua peringkat umur. Dengan kepakaran Selcare Nursing dalam bidang kejururawatan, kami yakin kolaborasi strategik ini mampu pergi lebih jauh dalam perkhidmatan penjagaan selepas bersalin khususnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahran turut berkongsi perancangan dan hala tuju Kumpulan Megaklinik Zahran pada tahun 2023 melalui “Zahran On Call” dimana perkhidmatan kesihatan boleh didapati secara atas talian khas buat pelanggan KMZ tanpa perlu menunggu lama di kaunter. Penjimatan masa dan pengurangan jejak karbon dapat dicapai melalui inisiatif baru “Zahran On Call” yang akan tiba kelak.

            Berpaksikan ‘Yang Pertama Di Mana-Mana’, KMZ yakin dan komited pada tahun 2023 untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di samping membuka lebih banyak peluang berkolaborasi dan peluang kerjaya dengan pelbagai sektor bagi merancakkan pasaran dan ekonomi Malaysia 2023..

– Tamat –

Leave a Reply