Yayasan SELGATE telah menyalurkan bantuan kepada Rumah Puteri Arafiah, sebuah institusi perlindungan, pemulihan dan bimbingan remaja perempuan.
Sumbangan dalam bentuk kelengkapan solat untuk para pelatih dan tenaga pengajar di pusat ini telah disampaikan oleh wakil Yayasan SELGATE, Puan Aliah Amidon kepada Pengurus Rumah Puteri Arafiah, Puan Zaharah binti Abu Bakar.
Diharapkan dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat baharu kepada warga Rumah Puteri Arafiah.
Yayasan SELGATE adalah sebuah organisasi kebajikan yang komited dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup golongan sasar daripada kelompok B40 dan orang kelainan upaya (OKU).
Sumbangan kepada Yayasan SELGATE oleh individu dan syarikat akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8668)
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
#Selgate#AlwaysThereToCare#YayasanSELGATE

