Sekitar Program Sinergi Prihatin: Penyertaan Terbanyak Demonstrasi Pertolongan Cemas untuk Rumah Kebajikan di Selangor. Program ini merupakan anjuran Persatuan Cakna Anak Malaysia (PCAM).
SELGATE Corporation melalui Yayasan SELGATE telah menyalurkan sumbangan berupa 100 kit pertolongan cemas dan 100 kain anduh yang telah disampaikan oleh YB Puan Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Bersama-sama, kita menyokong kesejahteraan dan keselamatan komuniti kita yang memerlukan. Sumbangan ini adalah satu langkah penting menuju masyarakat yang lebih prihatin dan selamat.
Yayasan SELGATE adalah sebuah organisasi kebajikan yang komited dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup golongan sasar daripada kelompok B40 dan orang kelainan upaya (OKU).
Sumbangan kepada Yayasan SELGATE oleh individu dan syarikat akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8668) * Tertakluk kepada terma dan syarat.
#Selgate#SelgatePrihatin#AlwaysThereToCare#YayasanSELGATE#CSRMalaysia#ProgramCSR