Kerajaan Selangor akan melaksanakan Program SelVax Booster iaitu sebanyak 157,000 dos penggalak secara percuma bermula 8 Disember 2021.

Orang ramai berumur 18 tahun ke atas dan telah menerima dua dos vaksin boleh mendapatkan dos penggalak secara “walk in” di klinik Selcare berhampiran. Senarai klinik Selcare yang terlibat dalam pelaksanaan Program SelVax Booster boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinic/ atau melalui aplikasi Selangkah.

Program ini turut akan dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu berdasarkan permintaan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Maklumat lanjut berkenaan Program SelVax Booster di DUN akan diumumkan dalam masa terdekat selepas Kerajaan Negeri memperincikan prosedur standard operasi (SOP).

PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN CAC DAN PEMANTAUAN KUARANTIN KENDIRI MELALUI APLIKASI SELANGKAH

Sementara itu, bagi memperkukuhkan respon pandemik Covid-19 yang kembali meningkat kebelakangan ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negera (MMKN) telah meluluskan RM 10.7 juta peruntukan bag melaksanakan Program Pengurusan Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan Pemantauan Pesakit Yang Menjalani Kuarantin Kendiri Melalui Aplikasi SELangkah ke seluruh Neger Selangor.

Program yang telah dirintis bermula dari Febuari 2021 dan diktiraf oleh Greater Klang Valley Task Force pada 25 Julai 2021 ini bertujuan memastikan pengurusan kes-kes Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan CAC di Negeri Selangor  dapat dilaksanakan dengan lebih mapan dan berkesan meliputi skop FTTISV (Find, Test, Trace, Isolate, Support and Vaccine) dan yang terbaharu TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek).

Melalui program ini, sistem SELangkah berfungsi untuk:

  1. Melicinkan proses pendaftaran pesakit CAC;
  2. Menyediakan rundingan mengenai proses perubatan dan kesihatan:
  3. Memberi latihan di lokasi kepada semua kakitangan yang terlibat di CAC terutamanya pegawai perubatan;
  4. Menjadi penghubung perubatan di antara beberapa CAC sekiranya ada keperluan bagi tujuan menyelaras pemindahan pesakit; dan
  5. Membantu pengurusan maklumat kepada kakitangan AC mengenai kemasukan pesakit ke pusat kuarantin atau hospital.

Selain itu, SELangkah turut menyediakan sistem pemantauan pesakit Covid-19 yang menyeluruh bermula dari keputusan diagnostik sehingga tamat kuarantin di rumah dengan dipantau rapi oleh petugas kesihatan. Melalui sistem ini, pesakit Berjaya dinilai dalam tempoh masa yang pantas untuk dirujuk bagi rawatan lanjut melalui kaedah telekesihatan atau kemasukan ke pusat kuarantin dan hospital bagi mencegah sebarang insiden kematian di rumah atau “Brought-in-Dead” (BID) dalam tempoh kuarantin.

Sistem ini telah diuji secara rintis di lima (5) buah CAC termasuk Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor. Sehingga 26 November 2021, sebanyak 616,980 rekod pemantauan pesakit telah dilaksanakan melalui sistem SELangkah. Sepanjang pelaksanaannya, sistem SELangkah telah mengenal pasti sejumlah  38,809 kes di mana status kesihatan pesakit merosot semasa menjalani isolasi di rumah.

Kerajaan Negeri Selangor berharap dengan pelaksanaan program seumpama ini, Negeri Selangor dapat membangunkan pengurusan kesihatan awam yang menyeluruh dan efisien berasaskan teknologi digitalisasi yang bakal memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini.

Leave a Reply