Pasukan Pengurusan SELGATE yang diketuai oleh, YBhg. Dato’ Noor Hisham Mohd Ghouth, mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di pejabatnya di Putrajaya.
Dalam pertemuan itu, Dato’ Noor Hisham berkongsi agenda terkini, hala tuju dan sasaran SELGATE secara keseluruhan. Antara isu lain yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yang boleh dijalankan pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat.
SELGATE juga komited dalam menyokong dan memberi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan agenda nasional yang digerakkan akan memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia.