Skip to main content

Lawatan YB Puan Anfaal Shaari ini merupakan inisiatif penting yang bertujuan untuk membincangkan peranan dan sumbangan agensi-agensi yang terlibat dalam aspek kebajikan masyarakat di negeri Selangor.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincang secara terperinci mengenai program-program yang telah dijalankan, pencapaian, serta aspirasi untuk meningkatkan kebajikan masyarakat. SELGATE bersama-sama EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat akan berusaha untuk memahami isu-isu semasa dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk negeri Selangor.

Harapannya, dengan pertemuan ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk negeri Selangor dan menyumbang kepada pembangunan yang mampan dan seimbang di seluruh wilayah.

Leave a Reply